Judul : Video mercedes hentam belakang kereta peronda polis
link : Video mercedes hentam belakang kereta peronda polis
Video mercedes hentam belakang kereta peronda polis
RAKAMAN video membabitkan kereta peronda polis yang dilanggar sebuah kereta dari belakang di Jalan Loke Yew, Cheras pada petang semalam mula menjadi tular di laman sosial.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3.30 petang apabila kereta Mercedes tidak menyedari kenderaan peronda polis di hadapannya membuat brek kecemasan berikutan aliran trafik yang perlahan di hadapannya.
Susulan itu, kereta Mercedes terbabit gagal memberhentikan kenderaanya lalu menghentam belakang kenderaan peronda jenis Proton Waja itu.
Pelanggaran menyebabkan kereta yang dinaiki anggota polis masing-masing berusia 45 dan 30 tahun turut melanggar sebuah lagi kenderaan di hadapannya.
Dua anggota itu dilaporkan mengalami kecederaan di kaki dan punca kejadian dilaporkan masih dalam siasatan.
Menariknya mengenai insiden ini adalah perbalahan di antara netizen berhubung siapa sebenarnya yang merupakan ‘punca’ kemalangan itu berlaku.
Ada pihak menyalahkan kereta peronda berkenaan kerana mendakwa lampu brek kederaan itu tidak menyala sepenuhnya sehingga menyebabkan pemandu Mercedes itu menjadi keliru.
“Berulang kali aku tengok, lampu brek waja polis tu tak menyala ke? Bagi pandangan mata aku memang lampu brek tak menyala. Cuba korang tengok pulak,” tulis seorang netizen.
Bagaimanapun, majoriti netizen mempertikaikan dakwaan terbabit selain mengatakan kualiti kamera yang rendah menyebabkan semua lampu brek kereta tidak kelihatan seperti menyala.
“Jangan tengok kereta peronda tu je, tengok kereta lain pun tak nampak menyala,” balas netizen yang lan.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel Video mercedes hentam belakang kereta peronda polis
Anda sekarang membaca artikel Video mercedes hentam belakang kereta peronda polis dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/video-mercedes-hentam-belakang-kereta.html