Isnin, 24 Julai 2017

[Video] PPIM Berjaya, Mangsa Dapat Semula Kereta

[Video] PPIM Berjaya, Mangsa Dapat Semula Kereta - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video] PPIM Berjaya, Mangsa Dapat Semula Kereta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel [Video] PPIM Berjaya, Artikel Artis, Artikel Khabar, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Mangsa Dapat Semula Kereta, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video] PPIM Berjaya, Mangsa Dapat Semula Kereta
link : [Video] PPIM Berjaya, Mangsa Dapat Semula Kereta

Baca juga


[Video] PPIM Berjaya, Mangsa Dapat Semula Kereta

Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi berunding dengan pihak syarikat pengedar kereta AGR Auto Trade Sdn. Bhd. (AGR) pada pagi Isnin bagi menyelesaikan kemelut antara pemilik kereta dengan syarikat terbabit.

Kata Yusuf, pihak PPIM hadir bagi menemani mangsa untuk mengambil kunci pendua untuk membantu mereka mendapatkan kembali kereta dan bukannya bertujuan untuk melakukan provokasi.

“Harap tidak berlaku pertelingkahan, hanya datang nak berdamai dan ambil kunci,” ujarnya.

Ketika rundingan tersebut, Yusuf mencadangkan agar laporan hitam putih dibuat oleh semua pihak yang terlibat untuk rujukan masa akan datang.

“Bila dah bagi pada pemilik kereta, pastikan mereka buat satu laporan dan setiap kereta perlu ada sekurang-kurangnya tiga laporan yang merekodkan kereta sudah dipulangkan.

“Satu laporan daripada tuan (AGR), mangsa dan penyewa. Kalau tuan bersetuju, perkara ini tidak akan berpanjangan,” katanya kepada AGR melalui rakaman penstriman langsung di Facebook.

Difahamkan, pihak PPIM sudah diingatkan oleh pihak polis agar tidak menimbulkan sebarang masalah ketika proses rundingan dilakukan antara kedua-dua pihak.

Terdahulu, isu mengenai perkara ini tercetus apabila 23 pemilik kereta mendapatkan bantuan PPIM kerana mendakwa menjadi mangsa penipuan syarikat pajakan kenderaan dan buntu selepas menerima notis hutang daripada pihak bank.

Mereka tampil bagi menuntut semula kenderaan masing-masing yang ditempatkan di sebuah pusat penyimpanan kenderaan di Kajang, Selangor.

Sumber: Mstar

Loading...

First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel [Video] PPIM Berjaya, Mangsa Dapat Semula Kereta
Sekianlah artikel [Video] PPIM Berjaya, Mangsa Dapat Semula Kereta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video] PPIM Berjaya, Mangsa Dapat Semula Kereta dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/video-ppim-berjaya-mangsa-dapat-semula.html