Judul : Wanita dibenarkan becerai lepas tanda bluetick jadi bukti dia diabaikan suami
link : Wanita dibenarkan becerai lepas tanda bluetick jadi bukti dia diabaikan suami
Wanita dibenarkan becerai lepas tanda bluetick jadi bukti dia diabaikan suami
TAIPEI – TAIWAN. Seorang wanita dibenarkan bercerai dengan suaminya selepas tanda “blue tick” pada mesej yang dihantarnya melalui aplikasi Line dijadikan sebagai bukti lelaki itu mengabaikannya.
Aplikasi Line menunjukkan lelaki itu telah membuka mesej berkenaan namun tidak membalasnya.
‘Blue tick” adalah istilah yang merujuk kepada tanda yang kelihatan selepas penerima membaca mesej yang diterima dan konsep ini digunakan di aplikasi sosial media seperti WhatsApp dan Line.
Hakim mahkamah keluarga Hsinchu menyebut, mesej pada aplikasi Line yang tidak diendahkan dijadikan bukti utama perkahwinan wanita itu tidak dapat diperbaiki sehingga ia berhak menuntut cerai.
Sepanjang tempoh enam bulan, isteri dengan nama keluarga Li menghantar beberapa mesej kepada suaminya termasuk makluman dia dimasukkan ke hospital kerana kemalangan kereta, menurut Hakim Kao
Dalam satu mesej lain, wanita itu memberitahu suaminya dia berada di bilik kesemasan dan bertaya menapa dia hanya membaca mesej tatapi tidak membalasnya.
Walaupun suaminya pernah melawatnya sebaik sahaja di hospital, mahkamah mendapati bahawa lelaki tidak mengendahkan mesejnya adalah alasan untuk perceraian.
“Defendan tidak menanyakan tentang plaintif, dan maklumat yang dihantar oleh plaintif dibaca tetapi tidak dijawab,” kata ketetapan mahkamah.
Pasangan itu telah berkahwin sejak 2012.
Menurut dokumen mahkamah, lelaki itu turut tidak mempunyai pendapatan stabil dan wanita itu terpaksa membayar bil-bil keluarga dan perbelanjaan lain malah dipaksa mengambil pinjaman oleh ibu mertuanya bagi melangsaikan hutang.
Menurut hakim, pasangan normal tidak akan melayan pasangan sebegitu.
“Mesej Line adalah bukti yang sangat penting menunjukkan keadaan keseluruhan perkahwinan, kedua-dua pihak yang tidak mempunyai komunikasi yang baik,” katanya.
“Sekarang komunikasi internet sangat biasa, jadi ini boleh digunakan sebagai bukti,” katanya dipetik BBC.
Sumber: Sinar
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel Wanita dibenarkan becerai lepas tanda bluetick jadi bukti dia diabaikan suami
Anda sekarang membaca artikel Wanita dibenarkan becerai lepas tanda bluetick jadi bukti dia diabaikan suami dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/wanita-dibenarkan-becerai-lepas-tanda.html