Judul : Akauntan Berusia 29 Tahun Dari Johor Jadi Juara MasterChef Australia 2017!
link : Akauntan Berusia 29 Tahun Dari Johor Jadi Juara MasterChef Australia 2017!
Akauntan Berusia 29 Tahun Dari Johor Jadi Juara MasterChef Australia 2017!
Ingat lagi tak rancangan MasterChef yang pernah terkenal suatu ketika dulu? MasterChef Malaysia telah ke udara selama dua musim dengan mengangkat Ezani Farhana, seorang doktor gigi sebagai pemenang musim pertama. Manakala Izyan Hani, ahli geologis pula sebagai juara musim kedua.
Walaupun MasterChef Malaysia tidak lagi dianjurkan, nama Malaysia tetap bersinar di mata dunia apabila Diana Chan, anak kelahiran Johor yang berusia 29 tahun menjuarai MasterChef Australia pada 24 Julai lepas, lapor The Sydney Morning Herald.
Sumber: WOBMenurut Diana,
Ia merupakan sesuatu yang saya selalu impikan tetapi tak pernah menyangka ia akan terjadi.”
Diana yang juga seorang akauntan, telah dilahirkan di Johor Bahru sebelum berpindah ke Kuala Lumpur dan kini menetap di Australia sejak dia berusia 19 tahun lagi. Dia kemudian menyertai MasterChef Australia untuk mengejar impian dan minatnya terhadap masakan.
Wanita hebat ini telah mengalahkan penyaing terdekatnya, Ben Ungermann dalam pertembungan grand finale yang membolehkan Diana memenangi sebuah trofi, wang tunai bernilai AUD250,000 (RM848,928) dan memiliki kolum sendiri di majalah makanan ‘Delicious’.
Sumber: WOBApabila disoal tentang bagaimana Diana boleh memberi reaksi tenang dalam melalui detik cemas semasa pertandingan tersebut, dia hanya menjawab,
Sumber: WOBSaya selalu mengingatkan diri saya yang tiada gunanya untuk panik. Saya percaya yang saya telah mengendali tekanan tersebut dengan baik. Saya akan buat yang terbaik apabila saya dalam keadaan tenang dan yakin.”
Fuh tudia kata seorang juara!
Dalam episod grand finale bersama Ben, kedua-dua peserta terpaksa menjalani tempoh enam jam memasak tanpa henti! Untuk cabaran akhir, mereka diminta untuk mencipta semula dessert yang telah disediakan pemenang chocolatier dunia, Kristen Tibbals.
Dessert tersebut semuanya dalam bentuk buah-buahan dan haruslah mengeluarkan inti sos epal dan karamel. Detik yang paling ‘mendebarkan’ ialah apabila tangkai buah pear Diana patah pada saat-saat akhir!
“Ia merupakan saat yang paling tertekan yang pernah saya lalui dalam hidup. Pada akhirnya, saya menangis,” kata Diana.
Namun nasib menyebelahi dirinya apabila dia hanya lebih satu mata sahaja daripada Ben!
Sumber: WOBKini, gadis kelahiran Johor ini bercadang untuk membuka sebuah restoran sendiri yang bakal menghidangkan pelbagai jenis makanan dan rasa fusion.
Sudah semestinya saya mahu terapkan pengaruh Malaysia di dalamnya. Tetapi ia mestilah seimbang, pelbagai dan menyelerakan – itu kriteria saya.”
Tahniah Diana atas kemenangan anda! Semoga segala impiannya tercapai nanti.
Tonton video di bawah:
Baca: “Gadis Ini Pelajar Terbaik SPM, Tetapi Gagal Mendapat Biasiswa JPA…”
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel Akauntan Berusia 29 Tahun Dari Johor Jadi Juara MasterChef Australia 2017!
Anda sekarang membaca artikel Akauntan Berusia 29 Tahun Dari Johor Jadi Juara MasterChef Australia 2017! dengan alamat link http://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/akauntan-berusia-29-tahun-dari-johor.html