Judul : Kompleks Sungai Batu Sedia Diiktiraf Tapak Warisan Dunia
link : Kompleks Sungai Batu Sedia Diiktiraf Tapak Warisan Dunia
Kompleks Sungai Batu Sedia Diiktiraf Tapak Warisan Dunia
ALOR SETAR – Semua data yang diperlukan untuk membawa Kompleks Sungai Batu sebagai satu daripada tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), sudah mencukupi.
Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Mokhtar Saidin berkata pihaknya bersedia untuk menyerahkan dosir atau kertas kerja yang dijalankan ke atas kompleks itu kepada Jabatan Warisan Negara.
“Untuk membawa dan mendapat pengiktirafan Unesco, ia adalah tanggunjawab Jabatan Warisan Negara. Kita USM, jika dilantik sebagai konsultan untuk menulis proposal atau dipanggil dosir, barulah kita buat. Tapi kami sudah bersedia sekiranya mereka menyuruh kami melakukannya.
“Kami tidak ada masalah untuk menghantarnya memandangkan kami mempunyai pengalaman untuk melakukan kertas kerja tersebut kerana semua data yang diperlukan dari 2007 hingga kini sudah tersedia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Majlis Sembang [email protected] Kedah-Kedah Tua Kingdom and Transborder of Culture di Muzium Negeri di sini hari ini.
Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Sulit Pejabat Sultan Kedah Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah dan turut dihadiri Penolong Presiden Thaksin University, Thailand, Thaweesak Putsukee.
Mokhtar berkata USM telah melakukan kerja-kerja ekskavasi arkeologi di Kompleks Sungai Batu sejak 2007, berjaya memetakan 52 daripada 97 tapak penemuan termasuk monumen penyembahan, jeti atau pelabuhan tepi sungai, pentadbiran pelabuhan dan bengkel peleburan besi.
“Kerja ekskavasi sejak 2007 telah berjaya melengkapkan lagi data tamadun Kedah Tua yang telah diketahui sejak 1840-an dan menemukan tapak Kompleks Sungai Batu itu, jadi apa yang pihak kami ada sekarang memang sudah melayakkan kompleks ini diiktiraf Unesco,” katanya.
Mokhtar turut menjelaskan, penemuan di Sungai Batu ini memberi signifikan yang sangat tinggi kerana data-data yang diperoleh mendedahkan ia bermula sejak kurun ke-6 Sebelum Masihi hingga kurun ke-17 Masihi dengan kajian terkini mendapati keluasannya meliputi lebih 1,000 kilometer persegi.
Jelasnya, semua penemuan ini membuktikan masyarakat di Sungai Batu yang wujud sekitar 535 Sebelum Masihi mempunyai kemahiran tinggi yang mana mereka mempunyai teknologi meleburkan besi dan mengeksport jongkong besi.
“Seandainya penemuan di Kompleks Sungai Batu ini mendapat pengiktirafan Unesco, ia akan memudahkan usaha-usaha memulihara warisan negara ini dijalankan kerana lebih banyak dana antarabangsa bakal diperoleh,” katanya. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel Kompleks Sungai Batu Sedia Diiktiraf Tapak Warisan Dunia
Anda sekarang membaca artikel Kompleks Sungai Batu Sedia Diiktiraf Tapak Warisan Dunia dengan alamat link http://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/kompleks-sungai-batu-sedia-diiktiraf_25.html