Judul : Jurutera Mati Dengan Kesan Tembakan Di Kepala
link : Jurutera Mati Dengan Kesan Tembakan Di Kepala
Jurutera Mati Dengan Kesan Tembakan Di Kepala
SHAH ALAM – Seorang jurutera di sebuah agensi pelaburan ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala dalam kejadian di kediamannya di Seksyen 7, di sini hari ini.
Difahamkan, lelaki berusia 50-an itu ditemui mati di dalam bilik air di tingkat dua, rumah teres dua tingkat berkenaan oleh bapa mentuanya, kira-kira pukul 1.15 tengah hari.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Nek Zaidi Zakaria berkata mayat lelaki itu ditemui bersama selaras senapang patah di sisinya.
“Bapa mentua lelaki itu yang baru pulang ke rumah daripada mengambil cucunya di sekolah, terdengar bunyi tembakan dari tingkat atas.
“Dia kemudian meluru masuk ke rumah sebelum menemui mangsa dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di dalam bilik air tersebut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata semasa kejadian, lelaki yang mempunyai empat orang anak itu dilaporkan tinggal berseorangan sementara isterinya keluar bekerja , dan difahamkan dia mempunyai masalah kemurungan dan telah dua bulan tidak bekerja.
Menurut Nek Zaidi, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk bedah siasat. -BERNAMA
*Video di bawah sekadar hiasan…
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel Jurutera Mati Dengan Kesan Tembakan Di Kepala
Anda sekarang membaca artikel Jurutera Mati Dengan Kesan Tembakan Di Kepala dengan alamat link http://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/jurutera-mati-dengan-kesan-tembakan-di_25.html