Selasa, 25 Julai 2017

Taruhan Terbaru Nokia Bangkit Gegar Industri Telefon Pintar

Taruhan Terbaru Nokia Bangkit Gegar Industri Telefon Pintar - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Taruhan Terbaru Nokia Bangkit Gegar Industri Telefon Pintar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Khabar, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Taruhan Terbaru Nokia Bangkit Gegar Industri Telefon Pintar, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Taruhan Terbaru Nokia Bangkit Gegar Industri Telefon Pintar
link : Taruhan Terbaru Nokia Bangkit Gegar Industri Telefon Pintar

Baca juga


Taruhan Terbaru Nokia Bangkit Gegar Industri Telefon Pintar

Taruhan Terbaru Nokia Bangkit Gegar Industri Telefon Pintar

Nokia 8 mempunyai 'bezel' skrin 5.3 inci yang nipis pada sisi kiri dan kanan yang luas amat jelas kelihatan pada bahagian atas dan bawah. (Gambar: venturebeat.com)

Dua bulan lalu, Nokia menerusi syarikat HMD Global melancarkan empat model baharu iaitu Nokia 3, 5, 6. Selain model terbabit, telefon lagenda kesayangan ramai Nokia 3310 turut dilancarkan pada harga RM239. 

Bagaimanapun, kesemua model ini berada di dalam kelas pertengahan dan hanya mempunyai spesifikasi yang agak 'suam-suam'. Namun, baru-baru ini menerusi laman sesawang, Venture Beat memuat naik gambar memaparkan imej Nokia 8.

Apa yang menariknya model terbabit dilengkapi dengan spesifikasi tinggi seperti cip pemprosesan Snapdragon 835. Ia sekali gus menjadikan Nokia 8 sebagai model 'flagship' pertama bagi jenama berkenaan selepas melalui fasa kejatuhan.

MASIH GUNA TEKNOLOGI ZEISS

Berdasarkan gambar dimuat naik, rekaan model Nokia 8 dilihat tidak terlalu tersimpang jauh daripada reka bentuk tiga model yang dikeluarkan dua bulan lalu (Nokia 6, Nokia 5, and Nokia 3).

Dari segi paparan skrin pula, Nokia 8 mempunyai bezel skrin 5.3 inci yang nipis pada sisi kiri dan kanan tetapi bezel yang luas amat jelas kelihatan pada bahagian atas dan bawah. Selain itu terdapat pengimbas cap jari pada bahagian bawah serta kekunci kapasitif. 

Pada bahagian belakang pula, model ini dilengkapi dengan dua lensa 13-megapixel dipercayai menggunakan teknologi Zeiss. Jika anda pernah menggunakan Nokia sebelum ini, jenama Zeiss sememangnya sinonim dengan peranti terbabit. Oleh yang demikian, gandingan dua 'otai' ini sememangnya amat dinanti-nantikan.

SPESIFIKASI

Dari segi spesifikasi, Nokia 8 dikuasakan oleh cip pemprosesan terhebat (ketika ini) iaitu Snapdragon 835 yang dipadankan dengan 6GB RAM dan ruangan storan sebesar 64GB. Nokia 8 akan dijana sistem operasi Android 7.1.1 dan berkemungkinan dilancarkan pada 31 Julai ini.

Mengikut spesfikasi meyakinkan ini, Nokia 8 dilihat mampu bersaing dengan model 'flagship' yang lain. Berdasarkan imej Nokia yang terkenal dengan kualiti binaannya, tidak mustahil jenama ini mampu bangkit menambat hati pengguna seluruh dunia.


First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel Taruhan Terbaru Nokia Bangkit Gegar Industri Telefon Pintar
Sekianlah artikel Taruhan Terbaru Nokia Bangkit Gegar Industri Telefon Pintar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Taruhan Terbaru Nokia Bangkit Gegar Industri Telefon Pintar dengan alamat link http://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/taruhan-terbaru-nokia-bangkit-gegar.html