Judul : Aksi Liga Perdana PKNP FC-Perlis ditukar ke Stadium Batu Kawan
link : Aksi Liga Perdana PKNP FC-Perlis ditukar ke Stadium Batu Kawan
Aksi Liga Perdana PKNP FC-Perlis ditukar ke Stadium Batu Kawan
KUALA LUMPUR: VENUE perlawanan Liga Perdana melibatkan pasukan kelab PKNP FC dan Perlis di Stadium Perak, Ipoh, pada jam 9 malam, Selasa ini, ditukar ke Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.Badan pentadbir liga, Fooball Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), dalam kenyataan pada Ahad, berkata tarikh perlawanan dan waktu sepak mula kekal seperti jadual asal yang diluluskan oleh pengurusan Stadium Negeri Pulau Pinang dan dipersetujui oleh pasukan Perlis.
"Pemeriksaan kedua padang Stadium Perak telah dilakukan oleh Pegawai Unit Pertandingan FMLLP bersama-sama wakil pasukan Perak dan PKNP FC serta pihak pengurusan Stadium Perak, Khamis lepas, yang mendapati padang di stadium ini berada dalam keadaan yang sangat tidak memuaskan dan tidak boleh digunakan," demikian menurut kenyataan tersebut.
Justeru, FMLLP telah mengarahkan Stadium Perak ditutup untuk satu tempoh untuk kerja-kerja baik pulih padang dijalankan sebelum mendapat kelulusan FMLLP bagi digunakan untuk perlawanan.Selain perlawanan berkenaan, lima lagi aksi Liga Perdana akan turut berlangsung pada hari yang sama.
Perlawanan tersebut melibatkan pasukan Terenganu dan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu; Polis Diraja Malaysia dan Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat, Melaka serta pertemuan MISC-MIFA dan Kuantan FA di Stadium Proton, Tanjung Malim.
Dua perlawanan lain membabitkan pertemuan di antara UiTM FC dan Angkatan Tentera Malaysia di Stadium UiTM, Shah Alam serta aksi Sabah berdepan Johor Darul Ta'zim II di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
-- BERNAMA
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel Aksi Liga Perdana PKNP FC-Perlis ditukar ke Stadium Batu Kawan
Anda sekarang membaca artikel Aksi Liga Perdana PKNP FC-Perlis ditukar ke Stadium Batu Kawan dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/aksi-liga-perdana-pknp-fc-perlis.html