Ahad, 23 Julai 2017

Panggilan terakhir Puteri Diana

Panggilan terakhir Puteri Diana - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Panggilan terakhir Puteri Diana, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Khabar, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Panggilan terakhir Puteri Diana, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Panggilan terakhir Puteri Diana
link : Panggilan terakhir Puteri Diana

Baca juga


Panggilan terakhir Puteri Diana

Putera William dan Putera Harry berkongsi satu perkara yang membuatkan mereka kesal hingga hari ini pada hari ibu mereka, Puteri Diana meninggal dunia, dunia lapor Metro.co.uk.

Kisah tersebut dikongsi dalam sebuah dokumentari mengenai ‘Princess of Wales’ itu di mana kedua-dua putera tersebut kesal apabila panggilan telefon terakhir dari ibu mereka hanya berlangsung selama beberapa saat.

William berkata, beliau dan adiknya, Harry ketika itu berada di rumah peribadi Ratu di Balmoral dan sedang bermain bersama saudara mereka.

“Harry dan saya cepat-cepat ingin tamatkan perbualan dan berkata ‘jumpa nanti’, jika saya tahu apa yang akan jadi selepas itu, tentu saya tidak akan begitu tergesa-gesa meletakkan telefon.

“Panggilan telefon itu menghantui saya hingga ke saat ini,” katanya kepada ITV.

Apabila ditanya adakah dia mengingati apa diperkatakan Puteri Diana kepadanya, beliau hanya mengatakan ‘ya’ tetapi tidak menceritakan apa-apa.

Sementara itu, Harry turut menceritakan perbualan terakhir beliau dengan ibunya.

“Dia menelefon daripada Paris, saya tidak begitu ingat apa yang saya katakan kepadanya namun apa yang saya ingat ialah menyesali seumur hidup betapa pendeknya perbualan telefon tersebut.

“Bila lihat kembali memori tersebut, ia sangat susah dan saya harus hadapinya sepanjang hidup saya.  Tidak mengetahui bila kali terakhir saya akan bercakap dengan ibu dan bagaimana perbualan tersebut boleh berubah sekiranya saya tahu saya akan kehilangannya malam itu,” katanya.

William hanya berusia 15 tahun, manakala Harry pula 12 tahun apabila Puteri Diana meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Paris pada 31 Ogos 1997.

The post Panggilan terakhir Puteri Diana appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel Panggilan terakhir Puteri Diana
Sekianlah artikel Panggilan terakhir Puteri Diana kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Panggilan terakhir Puteri Diana dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/panggilan-terakhir-puteri-diana.html