Ahad, 23 Julai 2017

Awasi Ejen Pinjaman Tawar Pinjaman Tak Wujud

Awasi Ejen Pinjaman Tawar Pinjaman Tak Wujud - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Awasi Ejen Pinjaman Tawar Pinjaman Tak Wujud, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Awasi Ejen Pinjaman Tawar Pinjaman Tak Wujud, Artikel Khabar, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Awasi Ejen Pinjaman Tawar Pinjaman Tak Wujud
link : Awasi Ejen Pinjaman Tawar Pinjaman Tak Wujud

Baca juga


Awasi Ejen Pinjaman Tawar Pinjaman Tak Wujud

KUALA LUMPUR – Mereka boleh dilihat berlegar-legar di sekitar kawasan bank dengan berpakaian kemas dan mengaku sebagai ejen bank untuk menawarkan pinjaman ‘ekspres’ kepada orang awam kononnya wang boleh diterima dalam tempoh 20 minit, selepas mendapat kelulusan pihak bank.

Ini merupakan taktik anggota sindiket pinjaman yang tidak wujud, dipercayai aktif mencari mangsa di sekitar bank di Lembah Klang untuk memperdaya mereka menyerahkan wang, kononnya sebagai  bayaran proses pinjaman.

Seorang mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Nurul, 32, berkata beliau yang kesempitan wang untuk membayar hutang terpedaya dengan sindiket itu setelah bertemu seorang lelaki di dalam sebuah bank di Subang dekat sini dengan menawarkan pinjaman sehingga RM20,000 pada Mei lalu.

Katanya, selepas beberapa hari bertemu, lelaki terbabit menghubunginya dan menyatakan pinjaman telah diluluskan dan akan dimasukkan ke dalam akaun bank dalam tempoh 20 minit.

“Lelaki itu kemudian meminta bayaran RM1,000 sebagai kos guaman dan selepas  saya  pindahkan  wang ke satu akaun, lelaki itu meminta  RM1,200 lagi untuk bayaran GST,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, penyelia di sebuah syarikat swasta itu berkata  beliau tidak menerima  wang  pinjaman  berkenaan sebaliknya diminta membuat pelbagai bayaran lain seperti duti setem dan buku akaun bank sehingga awal Jun lalu yang keseluruhannya mencecah lebih RM17,000.

“Saya pinjam ah long untuk membayar semua itu sebab berharap dapat wang pinjaman itu dengan segera, tetapi sehingga hari ini tidak dapat apa-apa,” kata ibu kepada tiga anak itu.

Nurul yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Puchong Jaya pada 7 Julai lepas berkata beliau kini hidup dalam keadaan tertekan dan ketakutan kerana menerima ugutan akibat tidak dapat menjelaskan hutang ah long.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna (PKP) Kuala Lumpur Samsudin Mohamad Fauzi berkata pihaknya menerima lebih 20 aduan berkaitan pinjaman tidak wujud itu, bermula akhir Jun sehingga Julai ini melibatkan pelbagai golongan termasuk profesional.

Menurutnya, aduan tersebut diterima daripada mangsa yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 60 tahun yang terdesak untuk mendapatkan pinjaman bagi pelbagai kegunaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, ACP Mohd Luthfi Ismail Abdullah berkata 137 kes dilaporkan dengan nilai kerugian RM1.3 juta membabitkan pinjaman tidak wujud pada Januari hingga Jun tahun ini.

Beliau berkata kes itu mencatatkan peningkatan berbanding 31 kes yang direkodkan melibatkan kerugian RM694,492 dalam tempoh sama pada 2016.

Katanya, selain menyamar sebagai ejen bank, sindiket berkenaan juga dikesan mengiklankan kemudahan pinjaman wang melalui laman sosial seperti Facebook dan risalah  dengan  menawarkan  syarat  pinjaman lebih mudah berbanding bank serta institusi kewangan.

“Syarat pinjaman mereka mudah termasuk bagi golongan yang disenaraihitamkan oleh pihak bank dan mempunyai baki gaji yang kecil dalam penyata gaji,” katanya.

Justeru, katanya, orang ramai diminta supaya berurusan terus di kaunter bank untuk mengemukakan  permohonan pinjaman dan membuat sebarang pembayaran serta mengelak berurusan dengan individu yang mengaku sebagai ejen bank.  – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel Awasi Ejen Pinjaman Tawar Pinjaman Tak Wujud
Sekianlah artikel Awasi Ejen Pinjaman Tawar Pinjaman Tak Wujud kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Awasi Ejen Pinjaman Tawar Pinjaman Tak Wujud dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/awasi-ejen-pinjaman-tawar-pinjaman-tak_23.html