Ahad, 23 Julai 2017

Lagu I Am Me Dato Vida didakwa ciplak lagu Punjabi?

Lagu I Am Me Dato Vida didakwa ciplak lagu Punjabi? - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lagu I Am Me Dato Vida didakwa ciplak lagu Punjabi?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Khabar, Artikel Lagu I Am Me Dato Vida didakwa ciplak lagu Punjabi?, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lagu I Am Me Dato Vida didakwa ciplak lagu Punjabi?
link : Lagu I Am Me Dato Vida didakwa ciplak lagu Punjabi?

Baca juga


Lagu I Am Me Dato Vida didakwa ciplak lagu Punjabi?

ENTAHLAH nak kata apa tetapi kalau diamati lagu nyanyian Datuk Seri Vida berjudul I Am Me yang kini menjadi tular, ia kedengaran seakan-akan sama dengan sebuah lagu Punjabi berjudul Bling-Bling Mr Singh.

Persoalannya, adakah perkara itu bersifat kebetulan atau Edry Abdul Halim selaku penggubah lagu I Am Me sememangnya menjadikan lagu Bling Bling Mr Singh ini sebagai inspirasi untuk menghasilkan single Vida?

Malah Edry sendiri sebelum ini pernah dikaitkan sebagai komposer yang pernah menciplak karya orang lain.

Edry sendiri tidak pernah memberi kenyataan berhubung perkara ini.

Lagu Bling Bling Mr Singh telah dimuatnaik ke laman YouTube pada 10 November 2013 iaitu kira-kira empat tahun lalu oleh pemilik akaun bernama Shobhit Gill.

Tiada ulasan lanjut mengenai latar belakang lagu ini namun hasil carian kami, ia dinyanyikan secara duo oleh penyanyi kanak-kanak bernama Anoop Singh dan RDB di bawah label Three Records Music Entertainment.

Video pendek berdurasi 1.22 saat itu menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki (dalam lingkungan usia sembilan tahun) berimej moden dan glamor dengan bangganya memperkenalkan diri mereka dari bangsa Punjabi sambil menyanyi dan menari.

Ya lagu ini cukup catchy dan sedap di dengar.

Malah aksi kanak-kanak dalam klip pendek ini menari bhangra yang digabungkan bersama tarian moden hip hop cukup menarik perhatian.

Anda dengar, anda nilaikan sendiri.

I Am Me  nyanyian Vida yang dimuatnaik di YouTube pada 13 Julai lalu mendapat tontonan lebih 1.7 juta.

Sebelum ini pengacara Datuk Aznil Nawawi pernah menimbulkan persoalan apabila lagu Profesor Klon nyanyiannya ciptaan Edry mempunyai persamaan dengan lagu tema sebuah drama Sepanyol berjudul Pobre Rico.

Penyanyi Ayai (Ilusi) juga pernah meluahkan rasa kecil hati  apabila lagu Ku Kejar Bayangmu miliknya turut sama dengan Hidup Dalam Mati nyanyian Syamel.

Kita nantikan apa jawapan Edry dan Tok Vida sendiri.

Sumber: MStar

Loading...

First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel Lagu I Am Me Dato Vida didakwa ciplak lagu Punjabi?
Sekianlah artikel Lagu I Am Me Dato Vida didakwa ciplak lagu Punjabi? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lagu I Am Me Dato Vida didakwa ciplak lagu Punjabi? dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/lagu-i-am-me-dato-vida-didakwa-ciplak.html