Ahad, 23 Julai 2017

Dua ditembak mati dalam insiden keganasan berasingan di Pattani

Dua ditembak mati dalam insiden keganasan berasingan di Pattani - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua ditembak mati dalam insiden keganasan berasingan di Pattani, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Dua ditembak mati dalam insiden keganasan berasingan di Pattani, Artikel Khabar, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua ditembak mati dalam insiden keganasan berasingan di Pattani
link : Dua ditembak mati dalam insiden keganasan berasingan di Pattani

Baca juga


Dua ditembak mati dalam insiden keganasan berasingan di Pattani

PATTANI: Dua orang ditembak mati oleh penyerang tidak dikenali dalam kejadian keganasan berasingan di Yarang dan Saiburi di wilayah bergolak Pattani, selatan Thailand hari ini.

Dua lagi mengalami kecederaan dalam kejadian yang berlaku pada 7.30 pagi dan 9.30 pagi waktu tempatan itu.

"Polis masih menyiasat motif kedua-dua kejadian serta mereka yang bertanggungjawab," kata Ketua Polis Pattani Mej Jen Piyawat Chalermsi kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata kejadian pertama berlaku di sebuah kedai kopi di Kampung Tabing, Saiburi apabila seorang sukarelawan keselamatan tempatan dikenali sebagai Matnor Mahama, 50, ditembak mati ketika sedang bersarapan.

Menurut Piyawat, mangsa didatangi seorang lelaki ketika bersarapan yang bertindak menembak bahagian kepalanya sebelum melarikan diri.

"Mangsa mati di tempat kejadian," katanya dan menambah seorang pelanggan kedai kopi dikenali sebagai Mahamaripeng Latih, 47 cedera akibat terkena peluru sesat dan kini menerima rawatan di hospital berdekatan.

Dalam kejadian kedua di Kampung Prajan, Yarang, seorang penjual tilam dikenali sebagai Paiboon Kampeang, 32, mati akibat ditembak ketika sedang memandu kereta pikapnya bersama ibunya Wandee Kampeang, 58.

Ibunya terselamat tetapi mengalami kecederaan akibat kesan tembakan, kata Penolong Ketua Bahagian Siasatan Polis Yarang Kapten Pichit Nusong.

"Mangsa berasal dari Sukhotai di utara Thailand dan berada di Pattani untuk menjual tilam di selatan Thailand," katanya dan menambah, mangsa ditembak mati menggunakan pistol 9mm.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel Dua ditembak mati dalam insiden keganasan berasingan di Pattani
Sekianlah artikel Dua ditembak mati dalam insiden keganasan berasingan di Pattani kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua ditembak mati dalam insiden keganasan berasingan di Pattani dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/dua-ditembak-mati-dalam-insiden.html