Ahad, 23 Julai 2017

Pandai Tebar Roti Canai, Gadis Comel Ini Jadi Popular

Pandai Tebar Roti Canai, Gadis Comel Ini Jadi Popular - Hallo sahabat Malaysia Sekitar, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pandai Tebar Roti Canai, Gadis Comel Ini Jadi Popular, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gadis Comel Ini Jadi Popular, Artikel Khabar, Artikel Maklumat, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Pandai Tebar Roti Canai, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pandai Tebar Roti Canai, Gadis Comel Ini Jadi Popular
link : Pandai Tebar Roti Canai, Gadis Comel Ini Jadi Popular

Baca juga


Pandai Tebar Roti Canai, Gadis Comel Ini Jadi Popular

Siapa sangka, di sebalik kecomelan wajah, rupa-rupanya gadis ini mempunyai bakat handal dalam menebar roti canai.

Lebih mengejutkan, usia sebenarnya baru 17 tahun!

Dek kerana itu, Fatin Farhana Mohd Suad menjadi perhatian selepas videonya menebar canai menjadi viral menerusi media sosial.

Dalam pada itu, Fatin akui dahulunya dia pernah putus asa apabila roti canai yang ditebarnya tidak lembut.

Namun, setelah tiga hari mencuba barulah roti ditebarnya lembut, sama seperti yang ditebar ibunya, Rosmawati Che Omar, 42.

“Ibu mengajar saya menebar roti canai dan dia (ibu) pesan pergerakan tangan dan tapak tangan mesti lembut untuk memastikan roti sedap. Kalau kasar, tak menjadi.

“Percubaan pada hari pertama dan kedua gagal kerana roti canai ditebar tidak lembut. Saya fikir nak bantu ibu, saya cuba lagi dan Alhamdulillah hari ketiga berjaya,” katanya kepada Harian Metro.

Pada masa sama, anak keempat daripada lima beradik ini akui bersyukur kerana ‘tuah’ viral tersebut membuatkan ramai pelanggan mengunjungi gerai ibunya yang dikenali sebagai gerai Kak Ita Corner di Jalan Bruseh, Bidor, Perak.

“Kami hanya menumpang berniaga di gerai kawan ibu sebab gerai kami dirobohkan bulan lalu.

“Alhamdulillah, berniaga di gerai baru dapat sambutan apatah lagi selepas gambar dan video saya menebar roti canai viral,” katanya

Kata Fatin, dia membantu ibunya  di gerai itu pada setiap hujung minggu bermula 5 petang hingga 12 tengah malam.

Sumber : Mynewshub


First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News


Demikianlah Artikel Pandai Tebar Roti Canai, Gadis Comel Ini Jadi Popular
Sekianlah artikel Pandai Tebar Roti Canai, Gadis Comel Ini Jadi Popular kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pandai Tebar Roti Canai, Gadis Comel Ini Jadi Popular dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/pandai-tebar-roti-canai-gadis-comel-ini.html