Judul : Patutlah Cili Jeruk Wanita Ini Dapat Pujian, Hasilnya Boleh Tahan Berbulan-bulan & Rangup!
link : Patutlah Cili Jeruk Wanita Ini Dapat Pujian, Hasilnya Boleh Tahan Berbulan-bulan & Rangup!
Patutlah Cili Jeruk Wanita Ini Dapat Pujian, Hasilnya Boleh Tahan Berbulan-bulan & Rangup!
Patutlah Cili Jeruk Wanita Ini Dapat Pujian, Hasilnya Boleh Tahan Berbulan-bulan & Rangup!
Bagi penggemar cili jeruk, anda boleh cuba buat sendiri sebab cara yang dikongsikan Puan Nurul Nadia Dan Azhar ini sangat mudah! Ok, jom semak apa bahan yang diperlukan dan petua yang dia gunakan...
Saya nak share cara saya buat cili jeruk... Biasa kalau ada tempahan mee goreng atau mee kari, saya akan sertakan cili jeruk ni sekali.
Alhamdulillah setakat hari ni tak mengecewakan dan mendapat pujian.
Cili jeruk yang biasa saya buat, boleh tahan berbulan-bulan dan masih rangup.
Bahan-bahan:
Cili hijau (ambil yang segar/keras)
Gula
Garam
Cuka
Masukkan 2 sudu gula dan 2 camca kecik garam...dalam kes saya ni, saya bubuh 5/6 cili, buh gula dan garam, kemudian bubuh lagi balance cili (sebenarnya sebab tak nak bagi gula dan garam tumpah)
Cara Buat:
1. Pastikan cili hijau kering ye..kalau lepas basuh dan tak larat nak tunggu lama,lap pakai tisu. Apa yang penting kering.
2. Bila dah kering, potong ikut suke ya... nak cantik, pakai pisau yang betul-betul tajam... lepas dah siap potong, jampi-jampi sikit. Eh, tampi bagi biji-biji dia keluar.
3. Masukkan dalam botol kaca ye, kalau botol lain saya tak jamin fresh.
4. Masukkan cuka sehinga 2/3 botol...takyah buh penuh cukanya,nanti susah nak ceduk... membazir pun ada.
5. Dah siap,tutupkan botol kaca tu, tunggang terbalikkan botol untuk sebatikan garam gula cuka.
6. Tada!!!dah siap,esok dah boleh makan... insyaAllah tahan lama dan rangup.
7. Kejadiannya setelah hampir 24jam... dah boleh makan!
Tips: botol & cili tu kena betul-betul kering, kalau tak cili jeruk anda akan diselaputi lapisan putih (kulat).
NOTA:
Cili jeruk yang dah matang saya tak snap gambar.. ini baru buat stok baru sebab yang sebelum ni mama dah ambik.
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel Patutlah Cili Jeruk Wanita Ini Dapat Pujian, Hasilnya Boleh Tahan Berbulan-bulan & Rangup!
Anda sekarang membaca artikel Patutlah Cili Jeruk Wanita Ini Dapat Pujian, Hasilnya Boleh Tahan Berbulan-bulan & Rangup! dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/patutlah-cili-jeruk-wanita-ini-dapat.html