Judul : SENARAI 40 FLET DAN KONDO YANG BERISIKO MAUT DI LEMBAH KLANG (JAN – JUN 2017)
link : SENARAI 40 FLET DAN KONDO YANG BERISIKO MAUT DI LEMBAH KLANG (JAN – JUN 2017)
SENARAI 40 FLET DAN KONDO YANG BERISIKO MAUT DI LEMBAH KLANG (JAN – JUN 2017)
Senarai 40 flet dan kondo yang berisiko maut di Lembah Klang! Ibarat ‘bom jangka’. Itu yang digambarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat mengenai 47 bangunan kediaman tinggi di seluruh negara. Dalam senarai bangunan berisiko berkenaan, ia termasuklah 40 pangsapuri dan kondominium di Lembah Klang.
Bangunan berkenaan boleh membahayakan nyawa penghuninya kerana dikategorikan risiko tinggi kebakaran. Ini kerana semua bangunan ini didapati sama ada tidak mempunyai peralatan memadam api, sistem pancur basah tidak berfungsi, tidak diselenggara, pintu rintangan terhalang dan sistem penggera rosak.
Memetik laporan BH Plus, jumlah itu berdasarkan 1,688 notis bahaya kebakaran yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Januari hingga Mei tahun ini di seluruh negara.
Lebih menyedihkan ada enam pangsapuri dan kondominium di Lembah Klang yang menerima lebih 100 notis amaran dari Jabatan Bomba, termasuk sebuah pangsapuri di Pantai Dalam menerima 224 notis bahaya risiko kebakaran.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, berkata Malaysia secara puratanya merekodkan lebih 5,000 insiden kebakaran setiap tahun.
Katanya, sebanyak 2,904 kes kebakaran direkodkan dari Januari sehingga Jun tahun ini dengan 10 peratus atau 282 kes membabitkan kebakaran bangunan kediaman tinggi seperti flet/pangsapuri (168) dan kondominium (114).
“Saya melihat kes kebakaran membabitkan bangunan kediaman tinggi di negara ini amat membimbangkan dan tidak mustahil insiden kebakaran di ‘Grenfell Tower’ di London, baru-baru ini yang mengorbankan lebih 80 penghuni boleh berlaku di negara ini.
“Pemeriksaan bomba mendapati kebanyakan kes disebabkan sikap penghuni dan pihak pengurusan bangunan yang tidak memastikan semua kelengkapan kebakaran diselenggara dan berfungsi untuk menghadapi sebarang kecemasan.
“Flet, pangsapuri dan kondominium ini mempunyai risiko kebakaran yang tinggi dan boleh diibaratkan seperti “bom jangka.” katanya kepada BH.
Wan Mohd Nor berkata, penghuni bangunan tinggi harus menjadikan tragedi Grenfell Tower sebagai iktibar.
Katanya, kebanyakan kes kematian dalam bangunan tinggi di negara ini disebabkan pemasangan jeriji dan halangan pada pintu rintangan api, menyebabkan mangsa terperangkap.
Menurut pihak BH, dari hasil tinjauan mereka di beberapa bangunan kediaman tinggi di Lembah Klang, termasuk Pangsapuri Kerinchi, Lembah Pantai dan Perumahan Awam Seri Kelantan, Sentul mendapati peralatan pemadam api tidak diselenggara.
Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) pangsapuri itu, Haris Baba, 63, mendakwa kebanyakan alat pemadam api itu dicuri, selain masalah vandalisme.
Tinjauan di Perumahan Awam Seri Kelantan yang pernah terbakar pada tahun lalu mendapati sistem pancur basah di tingkat 14 tidak berfungsi dengan baik (tekanan air rendah) selain tidak mempunyai alat pemadam api di tingkat 13 dan tingkat paling bawah.
Di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Permai mendapati tempat simpanan hos pancur basah dikunci, bagaimanapun wakil JMB projek perumahan rakyat itu mendakwa hos disimpan di pejabat dan pos pengawal bagi mengelakkan kecurian.
Rekod Jabatan Bomba dan Penyelamat menunjukkan 182 kematian dan 713 cedera dalam kebakaran bangunan, termasuk bangunan tinggi sejak 18 bulan lalu.
Baru-baru ini, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar meminta negeri yang belum mengguna pakai Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Pindaan 2012) segera berbuat demikian bagi mengelakkan insiden kebakaran di Grenfell Tower berlaku di negara ini.
Ketika ini, hanya empat negeri iaitu Sabah, Selangor, Terengganu dan Pulau Pinang mewartakan pindaan undang-undang kecil itu yang diluluskan lima tahun lalu, manakala Sarawak pula mempunyai ordinan bangunannya sendiri bagi memastikan keselamatan penghuni terjamin.
Kebakaran Grenfell Tower setinggi 24 tingkat di North Kensington, Royal Borough of Kensington and Chelsea, West London yang berlaku pada 14 Jun lalu ketika umat Islam berpuasa, menyebabkan lebih 80 penghuni maut dan lebih 70 cedera selepas terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan seluruh bangunan itu.
FAKTA NOMBOR:
- 1688 – notis bahaya dikeluarkan kepada 47 flet, pangsapuri dan kondominium seluruh negara.
- 1312 – bagi kesalahan tidak menyelenggara peralatan memadam kebakaran dan tidak berfungsi
- 328 – bagi kesalahan tidak mempunyai langsung kelengkapan memadam api, termasuk alat pemadam api.
INFO:
- 282 atau kira-kira 10 peratus daripada 2,904 kes kebakaran dalam tempoh enam bulan pertama 2017 membabitkan pangsapuri dan kondominium.
SENARAI FLET DAN KONDO YANG BERISIKO MAUT DI LEMBAH KLANG:
Adakah anda salah seorang penghuni dari flet atau kondo berkenaan?
Category: INFO SEMASA
First Appear On Online News Malaysia
By Malaysia News
Demikianlah Artikel SENARAI 40 FLET DAN KONDO YANG BERISIKO MAUT DI LEMBAH KLANG (JAN – JUN 2017)
Anda sekarang membaca artikel SENARAI 40 FLET DAN KONDO YANG BERISIKO MAUT DI LEMBAH KLANG (JAN – JUN 2017) dengan alamat link https://malaysiasekitar.blogspot.com/2017/07/senarai-40-flet-dan-kondo-yang-berisiko.html